TAWHEED AL-MUFADHDHAL

ROTI DAN AIR

 

Wahai Mufaddal! Ketahuilah bahawa makanan pokok bagi kehidupan manusia adalah roti dan air. Perhatikanlah bagaimana diatur ehwal dalam kedua perkara itu. Keperluan manusia pada air lebih besar daripada kebutuhannya terhadap roti (makanan). Hal itu disebabkan kesabarannya terhadap rasa lapar lebih besar daripada kesabarannya terhadap rasa haus. Yang menyebabkan keperluannya pada air lebih besar daripada keperluannya terhadap roti adalah kerana ia memerlukan air untuk minum, berwudhu, mandi, mencuci pakaian, memberi minum binatang ternak dan mengairi pertanian.

 
        
             

Maka dijadikanlah air itu melimpah, tidak perlu membelinya untuk memudahkan manusia mencari dan memperolehnya. Sedangkan roti (makanan) dijadikan sulit diperolehi kecuali dengan kecerdikan dan usaha agar manusia bekerja untuk mencegah kesenang-senangan dan kesia-siaan.

 

Tidakkah engkau perhatikan bahawa anak dibawa kepada pendidik? Ia adalah anak yang belum sempuna dirinya untuk menerima pengajaran. Hal itu dilakukan untuk mencegahnya dari permainan dan mensia-siakan hidupnya yang kadang-kadang tidak berguna dan sangat tidak disukai keluarganya sehingga akan membahayakan bagi dirinya dan bagi orang-orang yang dekat dengannya. Perhatikanlah orang yang bergelimang dalam kesenangan hidup dan kemewahan serta apa akibat yang diterimanya.